Penganjuran Bersama

Persidangan ini dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pengajian Islam (BPI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

Penganjuran secara bersama ini adalah merupakan kerjasama yang erat antara ahli akademia dan ahli praktis untuk mendapat impak persidangan yang bukan sahaja bersifat teori tetapi menghasilkan sesuatu yang praktikal untuk diamalkan dalam masyarakat hari ini, iaitu membentuk hala tuju ke arah masyarakat Islam yang wasatiyyah di negara dan nusantara ini. Kerjasama yang ulung kali antara Institut Pengajian Tinggi dengan Institus pentadbiran Islam Persekutuan dan Negeri ini diharap akan dapat membuahkan hasil yang terbaik dalam memanfaatkan segala idea dan hasil wacana untuk diserapkan dalam pentadbiran awam. Justeru, objektif penganjuran persidangan ini pada asasnya mempunyai tiga objektif utama:

  1. mendedahkan ciri-ciri fiqh harta yang mengambil kira kemaslahatan manusia untuk kehidupan dunia dan akhirat
  2. meneroka dan mengenalpasti dalil-dalil, prinsip, kaedah, hukum-hakam, pandangan dan pemikiran yang bersifat lestari dan wasatiyyah dalam khazanah fiqh dan pemikiran Islam silam dan kontemporari
  3. menilai kelangsungan dinamisme fiqh harta dan kewatiyahan masyarakat dalam mencapai masyarakat moden Islam yang sezaman, kompeten dan dinamik