• fiqh harta

  • fiham banner

  • fiqh harta3

FIQH HARTA & MASYARAKAT WASATIYYAH

Harta menjadi antara perkara penting yang diperlukan manusia untuk kelangsungan hidup dan ibadat. Dalam kehidupan, harta diperlukan untuk sara hidup, tempat tinggal, pergerakan dan perlindungan keselamatan. Manakala dalam agama, harta menjadi sebahagian keperluan ibadat seperti menunaikan haji, umrah, zakat, wakaf dan sedekah.

imgres

Kewujudan dan kedinamikan harta pada hari ini sentiasa berubah dan ia berkembang dan bergerak pantas. Kini, harta bukan hanya bersifat fizikal dan boleh dipegang dalam milikan semata-mata, malah harta menjangkaui sesuatu yang bersifat metafizik seperti nama baik, paten dan idea. Kesemua ini mengisi kehidupan masyarakat dunia sejak dahulu sehingga kini di mana sebahagian besar manusia bekerja siang dan malam kerana mencari dan membelanjakan harta. Dalam Islam, harta yang banyak dapat meningkatkan iman seseorang sekiranya ia dibelanjakan pada jalan yang baik. Justeru, meminta untuk mendapat harta yang banyak adalah harus, sebagaimana doa, “Ya Allah, tambahkanlah rezeki padanya berupa harta dan anak serta berkahilah dia dengan nikmat tersebut.” (HR. Bukhari no. 1982 dan Muslim no. 660). Oleh kerana itu, keperluan manusia kepada harta menjadikan orang yang banyak memiliki harta dihormati dan disanjungi, manakala sebaliknya bagi yang tiada harta.

Dalam Islam, pemerolehan harta dan perbelanjaannya hendaklah dilakukan berdasarkan ajaran agama. Seseorang tidak boleh mencari atau mendapatkan harta secara salah dan haram, dan begitulah juga membelanjakannya sehingga boros dan pada tempat-tempat yang tidak syar’ie. Riwayat al-Bukhari ada menyatakan, “akan datang bagi manusia suatu zaman di mana orang tidak peduli lagi sama ada sumber harta yang diperolehinya halal atau haram”. Penyalahgunaan harta boleh menyebabkan kemurkaan Allah SWT, dengan mendapat dengan jalan yang salah, melakukan pembaziran, mengelak daripada pembayaran zakat, nafkah dan sebagainya.

Justeru berdasarkan latar belakang ini, seminar berkenaan fiqh harta dan masyarakat wasatiy dicadangkan bagi membincangkan konsep harta dalam fiqh kontemporari pada hari ini dan bagaimanakah masyarakat hari ini boleh memanfaatkannya bagi menjadikan ia faktor kelestarian hidup dalam acuan yang dikehendaki syarak.

Penganjur bersama:

jawhar wasatiyyah